Sunday 29 June 2014

Tips minum cukup air 3 liter semasa Bulan Puasa

Teks: Noriah Si Bunga Tulip🌷

Air sinonim dengan kecantikan kulit.
Jika air tidak mencukupi dalam badan membuatkan kulit kita jadi kering,kusam & tidak bermaya..

Memang Kita digalakkan minum air sekurang-kurangnnya 2liter=8 gelas air sehari..betul x?..bila air mencukupi dalam badan...badan kita pun jadi sihat, kulit sentiasa lembab,tidak kusam & blushing..kemerah..merahan..

Malah..dengan mengambil atau mengamalkan suplemen setiap hari pun kita badan kita perlukan air yg mencukupi untuk menjalankan proses penyerapan syplemen dalam badan kita dengan baik.

Oleh itu..di sini saya ingin berkongsi tips minum air dgn cukup di bulan puasa:

Tips minum air lebih 3liter sehari dlm bulan puasa,minum air:

1gelas selepas bangun tidur
3gelas selepas sahur
1gelas selepas berbuka
1gelas selepas solat maghrib
1gelas selepas makan nasi

Bawak botol air 1.5liter ke masjid 

200ml selepas solat isya'
200ml selepas solat terawih 2 rakaat
200ml selepas solat terawih 4 rakaat
200ml selepas solat terawih 6 rakaat
200ml selepas solat terawih 8 rakaat
200ml selepas solat witir 
200ml selepas moreh

1gelas sebelum tidur

Sudah melebihi 3liter sehari..betul x?
Mudahkan nk minum air dengan cukup😊😄👍

Jom amalkan minum air mencukupi dlm bulan puasa😄👍..


Jika berminat ingin mengetahui suplemen shaklee dgn lebih lanjut..boleh contact saya, noriah 019-3039690

Khidmat nasihat percuma sepanjang pengambilan in syaa Allah😊


P/s: erti memberi untuk disyukuri😊

Saturday 28 June 2014

Resepi Kek Batik Sihat dengan ESP & Mealshakes

Teks: Noriah Si Bunga Tulip🌷

Bahan-bahan :

Bahan A
1.1/2 cawan gula
2.3/4 buttercup
3.4biji telur ayam

Bahan B
1.5 sudu besar serbuk 
2.5sudu besar milo
3.2sudu besar ESP
4.3 sudu besar mealshakes
5.1cawan air
6.1/2cawan susu pekat manis

*biskut merry putih 1 bungkus (patahkan 4 bahagian)

Cara-cara2:

Sediakan  1 bekas untuk pukul semua bahan A (gula+buttercup+telur) pukul sampai sebati..

Kemudian sediakan 1 bekas yg lain untuk campurkan semua bahan B (serbuk koko+milo+ESP+mealshakes+susu pekat+air)...kacau sehingga sebati..

Selepas itu ambil kuali,bukak api..mula2..ambil bekas yg mengandungi bahan A masukkan semua dlm kuali yg belum panas lg..kacau sehingga sedikit pekat..

Kemudian masukkan bekas yg mengandungi bahan B, kacau sehingga pekat...akhir r

sekali baru masukkan biskut merry yg telah dipatahkan kepada 4 bahagian sebanyak 1 bungkus.gaul sehingga sebati & sehingga biskut merry lembut.

Selepas itu tutup api..angkat kek batik tersebut & masukkan dalam loyang yang telah dilumur sedikit butter..biarkan sekejap..dah sejuk sikit masukkan kek batik tersebut dalam peti ais..biarkan ia 1 malam. Siap❗️😄👍...

Esok boleh di hidangkan untuk seisi keluarga semasa sahur & berbuka😄@ semasa hari raya..

Mudah jer kan?😄..Selamat Mencuba😄👍...✌️

  Kek batik sihat dgn ESP+Mealshakes

Jika berminat nak order ESP & Mealshakes shaklee boleh terus hubungi saya, noriah 019-3039690

Tuesday 24 June 2014

Pengguna Bijak vs Pengguna Tidak Bijak

Teks: Noriah Si bunga Tulip

hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi tentang bagaimana suplemen di kawal selia???...& apa yang perlu kita tahu??? bagaimana cara menjadi mengguna yg bijak bukannya pengguna yang tidak bijak...main ikut-ikut jer.

Jika kita nak memilih untuk mengamalkan pengambilan suplemen, kita mestilah mengambil tahu samada suplemen itu selamat, berkesan & semulajadi ke tidak?..sebagai contoh: kita perlu tahu tentang sesuatu suplemen tu secara detail/mendalam seperti adakah suplemen yang kita nak ambil itu HALAL atau TIDAK?
adakah bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen tersebut telah mendapat kelulusan daripada KKM atau TIDAK? adakah bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen tersebut SEMULAJADI/ORGANIK atau SINTETIK/TIRUAN/MENGANDUNGI BAHAN KIMIA?Semua itu kita perlu tahu sebagai jaminan kita untuk mengekalkan  kesihatan yang BAIK & SEJAHTERA di masa-masa yang akan datang.

Macam mana pula dengan suplemen herba??..Mengikut peraturan, suplemen herba juga perlu dilesenkan di bawah undang-undang perubatan & didaftarkan sebagai "ubat-ubatan herba traditional". Ini bermakna mereka mesti lulus mengikut piawaian kualiti & keselamatan yang ketat. sebagai pengguna yang bijak, semua tu kita kena ambil tahu. Macam saya sebagai Shaklee Independent distributor...suplemen berherba pun kena ambil berat...kadang boleh memudhoratkan jika tersalah cadangkan..mesti cadangkan dengan betul..sebagai contoh: bagi pesakit SLE(lupus) tidak boleh amik alfafa, ibu menyusu elakkan daripada amik herbalax, cinch shake. Walau bagaimana pun banyak produk-produk yang popular seperti glukosa-amine, minyak ikan & coqhealth10. Sebagai pengguna kita juga perlu tahu bahawa produk-produk ini bukanlah vitamin, mineral ataupun produk herba tetapi ianya tergolong dalam makanan & makanan tambahan( suplemen) serta tidak mempunyai kesan ubat-ubatan tetapi masih boleh mempengaruhi fungsi tubuh & sistem tertentu.

Perlu diingat juga sebagai pengguna yang bijak apa-apa suplemen@ubat sekalipun yang kita amik mestilah ikut keperluan tubuh badan kita@berdasarkan penyakit kita...bukan main ikut-ikut orang@amik sembrono sahaja..contoh: orang amik suplemen untuk kurus..kita pun nak amik juga..tapi kita ada masalah kesihatan yg lain yg perlu diutamakan dulu..tanpa mengambil kira masalah kesihatan kita...itu yang kita asyik nak salahkan suplemen tidak berkesanlah@ menjadi bertambah buruk la...betul tak?..satu lagi contoh; tak kanlah kita batuk tapi pergi amik suplemen untuk atasi masalah migrain...memang tidak kena lah kan???

Sebab itu kita sebagai pengguna yang bijak...jika nak amalkan suplemen kita jangan segan-segan untuk memberitahu kepada penjual suplemen tentang masalah kesihatan kita agar penjual tersebut dapat mencadangkan suplemen yang sesuai untuk kita ambil & amalkan berdasarkan kepada masalah yang kita hadapi...bukannya main bagi jer.@ dengan memberitahu penjual itu kita nak suplemen untuk apa..contoh: kita pernah ada penyakit ke...kita ada alahan ke...kita pengidap kencing manis ke...bagitau semua...senang penjual tu nak "consult" kita nanti.

Saya sebagai Shaklee Independent Distributor pun sangat mengambil berat tentang kesihatan pengguna yang membeli suplemen shaklee dgn saya. jika ada pengguna datang untuk membeli suplemen dengan saya..terlebih dahulu saya akan tanya pengguna tersebut adakah dia mempuyai masalah kesihatan?..jika ada...apakah jenis masalah kesihatan yang dia hidapi..& adakah pengguna tersebut ada masalah alahan kepada sesuatu benda contoh: alah kepada protein soya?..alah kepada produk tenusu?.alah kepada seafood?...semua tu saya tanya...& jika pengguna datang kepada saya tanya tentang ke halalan produk shaklee & tentang kelulusan KKM serta kandungan bahan-bahan dalam shaklee adakah semulajadi?...saya akan terangkan kepada dia satu persatu agar dia yakin dengan produk shaklee & dia rasa selamat untuk mengamalkan produk shaklee. semua detail pasal pengguna(customer)saya masukkan dalam "SHAKLEE CLIENT INFORMATION CARD" Sebagai rujukan saya tentang  pengguna saya di masa-masa yang akan datang.




Apa yang perlu kita sebagai pengguna tahu & semak sebelum kita membeli suplemen???
1.Kita perlu tahu syarikat yang menjual suplemen tu samada berdaftar ataupun tidak...boleh dipercayai ataupun tidak..
2.Produknya diiktiraf &tidak mempunyai bahan yang merbahayakan kesihatan..jika ada produk herba pun perlu berdaftar juga.

 Kenapa??? sebab pengguna ada hak untuk bertanya tentang semua itu & penjual pun bila dia nak jual sesuatu produk tu dia kena yakin dengan produk dia. Pastikan produk dia memang ada semua tu (BERDAFTAR (ADA LESEN),HALAL,LULUS KKM, SELAMAT, BERKESAN &SEMULAJADI) barulah pengguna percaya &yakin dengan produk tersebut.Iniilah dikatakan pengguna yang bijak...membeli & amalkan sesuatu produk dengan ilmu...ada pengetahuan tentang produk tu dulu..baru beli.

Pengguna yang bijak jugak..bila dia tahu semua di atas..pasal harga dia dah tidak berkira...berapa pun harga dia akan terus beli..kenapa? sebab produk yang baik & berkualiti maksudnya bukan cap ayam/bukan sintetik/tiruan pastinya harga bukanlah tersangat murah..& tidak tersangat mahal..tapi agak berpatutan!!!.

Berbeza dengan pengguna yang tidak bijak..pasal semua di atas dia tidak ambil kira...yang dia tahu dia nak yg murah..tp nak yang kesan cepat...pastu tidak selidik dulu produk tu datang dari mana? company mana?..selamat ke tak, semulajadi ke tak...yang dia tahu dia nak masalah dia settle cepat jer..kesan sampaingan yang akan datang dia tidak fikir. pengguna macam ini...akan menyesal di kemudian hari ni..di atas kecuaian diri sendiri akan mendapat padah. bak kata pepatah melayu: "sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna".

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai pengguna berhak memilih dan memastikan kita hanya mengambil & mengamalkan suplemen yang dirumus dengan betul dari sumber-sumber yang halal, selamat, & semulajadi. Bijak memilih untuk menjamin kesihatan yang sihat & gembira.



Jika anda berminat dengan suplemen shaklee...inginkan consult direct daripada saya tentang masalah kesihatan anda...boleh hubungi saya di talian 019-3039690


Saturday 21 June 2014

Kenapa Kita Perlukan suplemen???

Kenapa Kita Perlu Makan Suplemen???

teks: Noriah Si Bunga Tulip

Alah buat apa nak makan suplemen suplemen bagai ni...I sihat apa lg...I makan cukup jer nutrisi..nasi ada karbohidrat..ayam & daging ada protein & lemak..sayur &buah...ada vitamin & mineral...haaa..cukuplah tu..

wot..wottt...betul ke u makan cukup...nutrisi?...cer check balik...makanan zaman sekarang x sama macam zaman dulu....mak ayah kita dulu2..tanam sayur & pokok buah-buahan sendiri...guna baja organik lg..tahi ayam..ayam plak bela sendiri ayam kampung..lembu pun bela sendiri bg makan rumput2 segar .no wonderlah mereka punya tahap kesihatan tip top...jarang sakit..mana ada diabetes, darah tinggi & jantung....pastu makan ulam ulaman kutip belakang umah jer...patutlah mereka awet muda...masih kuat & cergas...

tapi, zaman sekarng..ada lagi ke mcm tu?..xder kan?...semuanya beli kat kedai...pastu sayur & buah-buahan ditanam guna racun serangga & baja kimia...guna teknik GMO (di ubah secara genetik) dah x tulen dah..ayam & lembu bg makan dedak...cucuk suntikan hormon bagi cepat besar...cepat boleh jual...pastu kita makan...lama2 sakit datang...strok,jantung,darah tinggi,kanser, kencing manis, sakit sendi & macam penyakit ada...sebabnya bahan kimia terkumpul dalam badan..jadi toksid, kolesterol tinggi, lemak berkumpul..xboleh keluar sebab..

kurangnya vitamin2 &mineral masuk dalam badan kita untuk menjalankan kerja biology dalam badan kita supaya prosesnya menjadi lancar dalam penghasilan tenaga, pergerakan otot & aliran saraf. kebanyakan nutrien dalam pemakanan kita hari ini banyak termusnah semasa pemprosesan makanan berlaku.Contoh, masak terlalu lama. Jadi yang masuk dalam badan kita mungkin dah tiada vitamin & mineral.sebab itu kita sangat2 perlukan suplemen hari ini..

Antara sebab-sebab lain:

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan

2.Badan kita memerlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengsh nutrien. hakikatnya banyak nutrien boleh didapati dari suplemen

3.Mengamalkam gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan & merokok.

4.Rutin harian masyarakat sekarang yang tidak amalkan diet pemakanan yg seimbang (ada yg amik nasi & lauk sahaja tanpa amik buah &sayur-sayuran)

Nak pilih suplemen pun kena pilih betul2...berlambak suplemen di kedai-kedai farmasi di luar sana yang sintetik/tiruan...jika pilih suplemen yang sintetik juga boleh memudhoratkan kesihatan...ibaratnya"keluar dari mulut buaya..masuk pulak mulut singa"...maksudnya..kita nak pilih gaya hidup yang sihat dengan pengambilan suplemen untuk melengkapkan nutrisi harian kita..tetapi kerana kita salah pilih..badan kita pun jadi sakit jugak walaupun sudah amalkan suplemen dalam kehidupan harian.Bahayakan???

Jadi, kesimpulannya..buatlah pilihan yang bijak..saya sudah mengamalkan suplemen shaklee sejak zaman belajar di universiti lagi...saya yakin dengan supplemen shaklee kerana suplemen shaklee sahaja yang memberi jaminan bahawa ianya sentiasa selamat, sentiasa berkesan & yang paling penting sentiasa semulajadi bukan sintetik.

jika anda juga berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang suplemen-suplemen shaklee saya sangat berbesar hati untuk berkongsi tentang kebaikannya dengan anda :-) we share, we care :-)

boleh hubungi saya Noriah si Bunga Tulip  melalui call/sms/wasap/wechat di no: 019-3039690


Monday 16 June 2014

Antara Kebaikan-kebaikan Mandi di Waktu Pagi


Teks: Noriah Ibrahim

✅Kulit lebih lembut dan halus 

Kebiasaannya kita akan menggunakan “water heater” untuk menghilangkan kesejukan mandi pada waktu pagi. Untuk pengetahuan anda, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.

✅Melancarkan peredaran darah 

Apabila peredaran darah anda lancar, maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Anda juga dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Antara perkara lain yang boleh dilakukan bagi melancarkan peredaran darah ialah dengan bersujud sekurang-kurangnya seminit selepas solat subuh. Hal ini bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darah malah dapat mengatasi masalah pening atau migrain.

✅Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan estrogen untuk wanita

✅Mengurangkan risiko darah tinggi 

Untuk anda yang mempunyai penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan risiko penyakit tersebut. In shaa Allah, dengan izin Allah diberi kesihatan yang baik sekiranya diamalkan selalu.

✅Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Selain itu, kurang tidur akan menyebabkan kemurungan dan cepat marah. Oleh itu, amalan mandi pagi sebelum subuh ini dapat mengelakkan depresi.

✅Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit akan bertambah untuk melawan jangkitan virus.


Cara memelihara vitamin & mineral dalam makanan

Vitamin dan mineral yang ada dalam sumber makanan,tumbuh-tumbuhan ,sayur-sayuran & buah-buahan adalah sangat mudah dari segi penyimpanan dan penyediaan

Di sini saya nak kongsikan tips2 cara untuk memelihara nutrien2 makanan tersebut

Banyak sumber2 vitamin akan mudah rosak dari segi penyediaan atau masakan
Oleh itu kita kena tahu tip2 atau cara2 mudah untuk memelihara nutrien2 tersebut:

1.jika kita beli buah atau sayur..belilah dalam jumlah yg sedikit dan kerap..simpan di tempat yg sejuk dan makan dlm tempoh beberapa hari  saja..ini dapat mengekalkan khasiat buah dan sayur tersebut

2.  jika kita beli susu didalam botol ...cth mcm beli susu dari penjual2 lembu direct tu..jgn bagi mereka letak kat pintu tangga tu...ini boleh menyebabkan vitamin B2 termusnah oleh cahaya matahari

Sama jgk dengan susu kotak.itu pun kalau dah bukak..berapa hari sahaja tahan..kalau tak habiskan ia akan basi.


3. jika kita masak sayur...jangan masak lama2..nak tahu tahap yg patut masak...masa makan sayur tu masih rasa   Keruk-keruk lagi..cara sesuai dan digalakkan adalah steam dan atau yg lambung2 mcm ala2 chef2 tu..

Pastu, bila.masak sayur, tutup dgn penutup juga.Tutup, dan tutup api.
Ia akan masak sendiri.

Klau kita rebus pulak guna air yg minimun je...cth sayur rebus tu mcm masak sup sayur dan tomyam tu la..sbb tu sayur kena bubuh last sekali

4. jangan sesekali kita potong sayur pastu biar terdedah lama2...selalu kan? kita buat mcm ni....potong sayur..kupas bawang...goreng ikan...buat yg asas...pastu kejap lg senang nk masak...saya pun buat mcm ni...

ha lagi satu tak boleh bubuh soda bikarbonat...konon2 nk bagi sayur nampak hijau....yang ni boleh rosakkan vit c dlm sayur tu

Sayur atau bahan masakan x boleh dedah lama2

Ade saya tgk..potong sayur siap2 simpan dlm peti ais...itu tak bagus jugak
Tak perlu dah buat mcm tu..kita makan sayur tapi sayur tu dah tak ada khasiat rupanya😊

Sbb tu kita rasa kita makan sayur banyak tapi mcm tak ada kesan pun ke atas badan kita

Info: utk sayur..rendam dulu sbelum bersihkan...barulah dipotong..tetapi jangan potong dahulu sebelum dibersihkan...ini kerana keadaan tersebut boleh menyebabkan kehilangan vitamin n mineral

potong sayur  atau buah tu besar-besar dan jangan buang kulit buah tu...sbb kat situ pun ada vitamin

5. Jika rebus ayam atau daging, air rebusan tu... boleh diguna balik..sbb ada khasiat lagi kat situ

Ade kawan2 saya buat stok ayam dan daging...simpan untuk buat masakan lain. Lebih baik dari kita beli kiub ayam tu knor tu😊

6. adalah digalakkan selepas masak terus makan sbb apa yer?

selepas siap memasak, cubalah untuk terus memakannya kerana menyimpan makanan panas akan memusnahkan vitamin2. Makanan yang dibiarkan 15 minit akan menghilangkan 25% vitamin C, manakala makanan yang disimpan 90 minit contohnya di kantin akan kehilangan 75% vitamin2.

Vitamin merajuk dan Terus larikkk 🏃 menghilangkan diri

Sebab tu lepas masak terus makan jangan tunggu makanan kita tu dah sejuk baru nak makan

Jadi,sebagai kesimpulan, sebenarnya kita mkn makanan yg dah hilang khasiat.
Bila dah tahu kita kekurangan sumber vitamin dan mineral...caranya...TOP UP dengan suplemem....Suplemen apa???😊

Shakleeee😄😄😄...betullah 100% organik/semulajadi/natural

Kalau anda berminat nak beli atau ingin bertanya tentang produk2 suplemen shaklee ini, sila telefon atau whatsapp saya Noriah Ibrahim 019-3039690😊

Terima kasih😊



Saturday 14 June 2014

Diet untuk Memenuhi Keperluan Vitamin

teks: Noriah Ibrahim

Diet yg perlu kena merangkumi 

√Buah-buahan dan sayuran 
√Karbohidrat 
√Produk tenusu 
√Protein

✅Buah-buahan

Sebagaimana yg kita tahu buah-buahan dan sayur mengandungi banyak mineral dan vitamin.

Mcm dlm buku "the Pocket Guide To Vitamin"dia cakap kita kena mkn buah-buahan dan sayur-sayuran dlm pelbagai warna. Sbb setiap warna membawa fungsi mineral dan vitamin yg berlainan.

Sbg contoh warna oren, hijau, merah dan purple..

Oren - buah oren, carrot 
Hijau - sayur-sayuran hijau
Merah-epal merah
Purple-terung,lobak ungu

Jumlah vitamin yang badan kita perlukan 28vitamin

✅karbohidrat

Bila sebut karbohitrat mesti terbayang nasi & roti betul x?

Karbohidrat terbahagi kepada 3 bahagian:
1.monosakarida(simple carbohydrates)
2.oligosakarida
3.polisakarida(complex carbohydrates)

~simple carbo✔
Byk dr makanan dan minuman bergula. 
TIADA  vitamin dan mineral

~complex Carbo✔
dari bijirin, kekacang, kenntang, pasta, nasi,roti

ADA vitamin mineral,dan fiber

☺BASICALLY, carbo ni sangat diperlukan sebagai Sumber tenaga dan memberikan rasa kenyang.

☺ saiz hidangan yang diperlukan ialah 1/4 karbohidrat, dan diambil beserta.protein (spt ikan, ayam atau daging) serta vitamin (dari sayur2an)

☺ KARBOHIDRAT yang berlebihan ~

Ditukar kepada gula.

⛔ Kadar gula yg meningkat dalam darah~ mengganggu proses dalam tubuh

☺Apabila kadar gula dalam darah meningkat,

~ Insulin yang dihasilkan oleh pangkreas tidak.mencukupi utk Overcome kadar gula tersebut.

Sebab tu..Org yg diabeties tahap kritikal diberikan suntikan insulan


✅Kalsium
Didapati drpd sumber
✔Cheese
✔Susu
✔tempe
✔ bilis
✔ Soya
✔ sumber kekacang eg badam
✔ makanan2 laut (iodin~tapi takleh overdose sebab bileh mengakibatkan acid uric tinggi~serangan gout)


✅  sumber mknn riboflavin:~
✔Dari vitamin B2
seperti susu,daging,telur,kekacang, bijirin, sayur2an



✅PROTEIN
Protein ni sumber makanan 😊terdiri drpd ayam, daging merah tanpa lemak, ikan, dan certain makanan laut.
😉 telur, tofu, soya bean.


✔ Protein = Tinggi Asid Amino

✔ Asid Amino sangat penting untuk SEL2 tubuh kita SUPAYA badan jadi sihat


🐼 Basically,
Asid amino terbahagi kpd 2 k.. 

✅Asid amino yg diperlukan 
~ada 9 jenis
~Rujuk Nota bergambar





(ESP SHAKLEE membekalkan 9 jenis Asid Amino yang kita perlukan)😎👍


❎Asid amino yg tak diperlukan.
~ada 11 jenis
~Rujuk Nota bergambar



⚠ Maksud yg tak diperlukan ni bukannya tak baik tetapi BADAN KITA SENDIRI telah menghasilkannya.

 Yg asid amino diperlukan tu badan kita TAK DAPAT hasilkan sendiri.

Jadi untuk mendapatkan protein yang baik  ialah ESP (nonGMO) & ESP jugak dapat memenuhi program diet sihat anda kerana dia boleh "replace meal".


harga: RM150 (tahan 2bulan)
Noriah 019-3039690
Call / Sms / Whatsapp / Viber
FB : Noriah Ibrahim





Rujukan: buku;the Pocket Guide Of Vitamin

Friday 13 June 2014

Blog Oh Blog!


Kenapa saya tiba2 buat entry mcm ni???...nak citer sikitlah pasal blog ni...saya ni mmg bila nak update blog jer mati kutu dibuatnya...xtahu nak update apa...x reti...yg reti update pasal produk jer..hahaha..
maklumlah saya ni work at home mother (WAHM)..buat bisnes shaklee full time...lama2 rasa boring jugak...sebab tu blog saya ni bersawang jer...last update Jan 2013...huhu lamanya...dari awal tahun lepas lagi..

Mulai harini dah insaf ni..dah bertaubat dah...nak share jugak semua yang manis2..yang positif2 jugak kat anda semua yang sudi singgah di blog saya yang x seberapa menarik ini...tp in syaa Allah..informative & semoga ada manfaatnya nanti...

Ok berbalik ke citer blog...baru2 ni saya dah tersedar...ruginya x update blog setiap hari...ruginya x share sesuatu yang menarik & positif...ruginya  x memberi sebanyak mungkin ilmu & pengalaman saya sepanjang saya hidup 31 tahun ini...ruginya...tapi bak kata pepatah "better late than never"..begitu jugaklah saya selalu pesan kepada anak cucu shaklee saya...

Jika nak buat sesuatu startlah sekarang...lets move 1 step forward! jangan tangguh-tangguh..perbuatan suka tangguh2 ni mmg tak bagus...kita xkan ke mana-mana & takkan jadi orang yang berjaya jugak..
Apa-apa yang kita nak buat jom buat sekarang..lama2 mesti ketagih nak update entry blog setiap hari kan?..haha..mesti dah rasa seronok kan??...saya ni pun dah rasa dah ni keseronokan ni...hahaha...

Rupanya xderlah istilah kering idea...bila kita buat sesuatu yang kita suka...kita minat..betul x?..biasanya mind set jer cakap kering idealah...sebenarmya mind set nilah yg jadi block terbesar dalam diri kita..Jadi..mulai saat ini..jom ubah mind set kita...jom set minda kita cakap kita boleh...kita banyak idea..
kita nak memberi tanpa batas....erti hidup untuk memberi...kita nak bantu ramai di luar sana bersikap positif...nak bantu di luar sana tingkatkan tahap kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik..
nak membantu tingkatkan tahap kewangan mereka diluar sana ke tahap yang lebih baik.. dgn share apa2 tips bisnes, tips2 kesihatan, tips2 kecantikan, tips2 jana pendpatn dari rumah...& sebagainya..

Boleh jugak cerita pengalaman kita sendiri @ pengalaman kawan2 rapat kita @ pengalaman orang lain yang boleh jadi inspirasi kepada kita nanti :-) in syaa Allah :-)

Setakat ini dulu sharing saya hari ini :-) Alhamdulillah..dapat jugak update blog ni dgn jayanya :-)
"Percaya sebelum berjaya" :-)

nantikan entry saya yang lagi menarik akan datang pastinya :-) stay tune :-)