Thursday 13 April 2023

9 TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN BERKESAN


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca setia blog post Che Yah UHG yang che yah kasihi dan sayangi kerana Allah. Alhamdulillah, biiznillah terima kasih singgah sekejap membaca di sini. In syaa Allah moga entry che yah sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang bermanfaat untuk sahabat.

Ok, untuk entry baru kali ini, lagi best topiknya dan Che Yah sangat suka untuk Che Yah share pengalaman atau Journey Che Yah sendiri dalam proses penurunan berat badan iaitu nak kurus.

Setiap wanita mengidamkan kulit wajah yang cantik, tubuh badan yang cantik, shape up dan kurus. Dapat berat badan yang ideal. Betul kan?. Tapi sebenarnya paling penting dan utama kita nak sihat, kurus dan cantik. Bukan kurus dan cantik saja tau. Beza tu.

Kalau kita nak kurus dan cantik saja, kita akan ambil jalan pintas untuk kurus dan cantik tanpa mengira adakah jalan pintas itu sihat dan selamat untuk kita ikut atau tidak. 

Sebagai contoh jalan pintas yang biasa orang buat ialah dengan terpengaruh mengambil pil atau ubat kurus yang diiklankan di media sosial atau laman sesawang shoppee atau lazada dengan mengatakan pil atau ubat kurus ni boleh berkesan dengan cepat tanpa mengira faktor pil tersebut selamat dan berkesan atau tidak.

Ada jugak yang sanggup  berhabis ribuan ringgit pergi buat di klinik-klinik untuk sedut lemak dan potong usus nak jalan pintas kurus dengan cepat tanpa mengira jalan tersebut ada kesan sampingan atau tidak dikemudian hari. Memang ada risikonya sedut lemak ini. 

Bagi pendapat che yah sendiri, sekarang ni, banyak dah kesedaran dari kita untuk memilih jalan yang sihat dan selamat secara normal dan natural untuk proses penurunan berat badan yang ideal. 

Di sini che yah nak kongsikan 9 Tips Kurus Dengan Cepat dan Berkesan yang che yah sendiri buat dan ikut.

1. Niat kena Betul

Nak kurus ni, kena ada niat nak kurus. Kalau tak ada niat nak kurus, takkan kurus tau. Dia tak menjadi kurus, tapi dia jadi lagi nak makan. Hehe. 

Bila kita niat nak kurus, kita kena niat yang baik dengan betul. Kita niat nak kurus untuk apa? Kalau kita niat kita nak kurus untuk nak cantik, pakai baju ketat-ketat dan nak menunjuk bentuk badan kita kepada orang, baik tak payah kurus. Itu dah nak tayang "body" dan bab aurat tak jaga.

Nak kurus niat yang baik dan betul macam ni. Niat dalam hati, Ya Allah aku nak kurus sebab aku nak rasa mudah dan senang beribadah kepadaMu, supaya badan aku lebih ringan, lututku tidak sakit, aku tidak rasa mengah lagi ketika mendirikan solat dan pergerakan dalam solat pun baik in syaa Allah. 

Bila aku kurus, aku tetap akan menjaga auratku dengan baik. Tidak pakai baju yang ketat-ketat, akan pakai baju longgar-longgar saja. In syaa Allah. Tujuan utama nak kurus aku nak sihat, bertenaga dan badan ringan untuk mudah beribadah kepadMu Ya Allah. Ha boleh niat dan terus doa macam tu,in syaa Allah journey kita kurus tu Allah permudahkan.

2. Nak kurus kena Ubah Mindset

Bila kita dah niat yang baik dan betul, tips kedua adalah ubah mindset kita. Kalau sebelum ni kita rasa, susahnya nak kurus, mencabarnya nak kurus dengan godaan makanan di Malaysia ni sangat sedap. Kita kena bertekad, nak ubah mindset kita dengan sentiasa di fikiran kita ada pemikiran positif, in syaa Allah mudahnya nak kurus jika kita ada ilmu dan tekad yang kuat nak kurus. Sentiasa positif dengan mengatakan in syaaAllah aku pasti boleh kurus dengan ikut cara yang betul. Ramai saja di luar sana boleh kurus. Kenapa aku tak boleh kurus? Aku pasti boleh kurus jugak. Jadi, jaga dan ubah mindset kita


Selepas buat keputusan untuk kurus, 
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh . Jangan banyak alasan untuk tangguh impian sahabat ye. Jangan sekadar cakap saja, tapi tiada niat dan matlamat yang jelas untuk kurus. 

Kalau hari ini sudah set dalam diri untuk kurus,hari ini juga terus buat . 
Bukannya besok , lusa atau minggu depan . Lebih baik ,letak matlamat untuk kekal sihat . 

3. Kena kuat Semangat

Nak kurus ni, bukan satu perkara yang mudah kan?. Nak kurus tak semudah ABC perlukan semangat yang kuat, nekad dan tekad serta pengorbanan dan kesabaran juga tau. Dah cakap nak sihat, kurus dan cantik kan? Kenalah kuat semangat dan berkorban kan?. Bila kita ada matlamat yang jelas kenapa kita nak kurus, in syaa Allah kita pasti boleh kuat semangat. 

4. Cari team Suport kurus kita

Ini lagi bagus dan kita akan lebih kuat semangat dan bersemangat jika kita jumpa dan ada team support kurus kita. Orang kata ada geng ni best. Sama-sama ada matlamat yang sama ni mudah capai matlamat. Tidak ada lah kelaut dalam. Buat berjemaah, bukan kita sorang saja nak kurus, tapi kita nak kurus secara berjemaah. Seronok kita ada team support ni. Paling best boleh berkongsi progress journey kurus masing-masing. Kongsi menu diet sihat masing masing. Kongsi berapa dah berat masing-masing dah turun kan? Jadi, kita akan berlumba-lumba nak cepat-cepat capai matlamat kita kurus dengan cepat. 

5. Pilih program diet yang kita mampu ikut

Ada bermacam-macam kaedah dan jenis- jenis diet yang ada di malaysia ni antaranya yang femes sekarang ini diet suku-suku separuh (DSSS) , intermittent fasting(IF) diet, Low Card/Atkins Diet, Paleo Diet dan Keto Diet

Jadi pilihlah yang kita rasa senang ikut. Macam che yah sendiri che yah ikut Diet Suku-suku separuh (DSSS) dan  Intermittent fasting (IF). Che yah buat IF (16:8). Sesekali buat Keto diet dan Detox. Itu sahaja, sebab bila kita rasa kita boleh dan mampu ikut kita akan happy dan tak rasa terbeban dan tertekan dalam journey kurus kita. In syaaAllah. Malah kita rasa enjoy je. Sebab emosi juga mempengaruhi penurunan berat kita. Emosi happy in syaa Allah berat mudah turun, kita dapat kurus dengan cepat ikut pengalaman che yah lah

6. Makan secara sihat dan bersih (eat healthy & eat Clean) 

Kita kena ubah cara kita pilih makanan. Makanan macam mana kita nak makan, lagi bagus pilih yang makanan yang kurang gula, kurang garam, kurang minyak dan kurang manis. 

Sebaiknya minuman kita potong gula terus. Banyakkan minum air masak dan air kosong atau kopi atau teh tanpa gula putih. Elakkan kuih yang manis dan makanan yang berasaskan tepung putih. Pilih tepung gluten free. Dan pilihlah beras perang, beras rebus (parboiled rice) atau nasi putih yang dah masak dengan minyak kelapa dara atau minyak sihat yang lain,lepas masak, masukkan dalam peti ais semalaman dan esok panaskan baru makan dipanggil nasi kanji resistan (resistance starch). Che yah sendiri pilih nasi kanji resistan ni. 

                Beras Rebus(Parboiled) 
                      Beras perang 

7. Kurangkan Karbohidrat, lebihkan Protin, sayur dan buah-buahan

Ini boleh buat dalam diet suku-suku separuh yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri yang cadangkan. Program Pinggan Sihat Malaysia. Ini Lebih baik dan senang bagi che yah untuk ikut. 

Dalam pinggan kita letak suku nasi, suku protin (lauk) dan separuh buah dan sayur. Kan senang. Ikut pengalaman che yah sendiri memang kenyang lama bila kita makan sayur banyak. Sebab sayur ada fiber jugak. Walaupun makan nasi hanya suku, tapi serius betul kenyang lama. Tak percaya? Cuba lah dulu. 

8. Pilih aktiviti senaman yang kita mampu ikut

Kena bersenam jugak ye sahabat. Nak kurus dengan cepat tiada jalan pintas untuk tidak bersenam. Dengan bersenamlah otot kita lebih kuat dan pejal serta kita akan rasa lebih bertenaga dan paling penting lemak dan kalorie terbakar dengan cepat. Pilihlah senaman yang mudah saja. Che yah pilih senaman indoor seperti powerwalk selama 30minit sehingga 1jam lebih kurang 5000-10000 langkah (steps) setiap hari. Bila kita buat senaman macam ni setiap hari, otak kita lebih cerdas tau untuk berfikir, lebih fokus. In syaa Allah. 

9. Ubah Lifestyle 

Akhir sekali, ni sangat penting bila kita dah kurus, berat kita dah dapat berat yang kita nak iaitu berat yang ideal. Lifestyle kita dah berubah. Kita dah ubah lifestyle yang tidak sihat kepada lifestyle yang lebih sihat in syaa Allah. Kita teruskan saja tips 1-8 itu dan jadikan ianya sebagai lifestyle kita sampai bila-bila, in syaa Allah berat badan kita maintain dan terkawal. Kita akan rasa lebih sihat, kurus, bertenaga dan cantik.

Itulah yang che yah dah buat selama 4 bulan journey che yah dapatkan berat badan dari 68kg kepada 58kg. Jumlah penurunan sebanyak 10kg dan inchloss yang banyak jugak. Tapi che yah add on satu benda lagi iaitu supplement set Hello New You Shaklee. 

Sampai sekarang berat che yah maintain bawah 60kg alhamdulillah 🤲. 

Ini che yah kongsikan gambar gambar testimoni journey kurus che yah

         Sebelum 68kg dan selepas 58kg
        Sebelum 68 kg dan selepas 58kg
                               58 kg

Akhir kalam untuk entry ini, nak kurus dengan cepat tidak ada jalan pintas yang sihat dan selamat. Pilihlah jalan yang lambat sikit, kena sabar lah tapi in syaa Allah sihat, selamat dan berkesan, bukan jadi yo-yo. Sekejap turun, sekejap naik. Kita nak bila dah turun, maintain saja berat kita. Apa pun benda yang kita nak buat kena dengan adanya ilmu. Ada ilmu in syaa Allah betul, baik dan berkesan. 

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi baca entry ini sampai habis. Sharing dari hati in syaa Allah sampai ke hati sahabat pembaca budiman che yah. 

Nak berkawan dengan che yah di
Facebook klik link ini
Nak tanya pasal shaklee? Klik link ini

#CheYahUHG 
#UHG 
#bisneswithUHG 
#jombisneswithUHG 
#shakleeperlis 
#readystockshaklee 
#shakleemalaysia 
#jommulabisnes2023 
#registerahliRM35@ 
#registerahlifree 
#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023 
#nextlevelblogging 





3 comments:

  1. MasyaAllah terbaiklah CheYah. Idah setuju dgn 9 tips yang Cheyah kongsikan. Lps ni jom kita terus kekalkan lifestyle yg lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah tabarokallah, Alhamdulillah 🤲 jazakillahu khairan kathira idah🥰. Jom!!! ubah lifestyle in syaaAllah boleh kekal sihat dalam jangka masa yang panjang!

      Delete
  2. subhanAllah. beza che yah. tahniah!

    ReplyDelete