Wednesday 22 March 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog #CheYahUHG. Terima kasih kerana tertunggu-tunggu update entry terbaru che yah dengan tajuk super best kali ni iaitu 3 Keburukan INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu.

Sebelum tu, che yah nak share pasal intermittent Fasting dulu. Apa itu intermittent fasting? 

INTERMITTENT FASTING (IF) menjadi salah satu jenis diet untuk menurunkan berat badan yang popular ketika ini.

Diet ini yang mirip dengan berpuasa selama beberapa jam mempunyai pelbagai manfaat termasuklah menurunkan berat badan, mencegah diabetes serta mengurangkan risiko barah.

Ramai yang mula mengamalkan IF memberitahu ia membantu mereka untuk lebih menikmati makanan selain memahami perbezaan di antara lapar dan mengidam.

Ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan bagi yang mengamalkan diet jenis ini. Bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan IF, mereka mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah.

Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening dan mual.

"Ketika anda tidak makan, tubuh akan membakar glikogen (glukosa yang disimpan) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membakar lemak," kata pakar pemakanan Frances Largeman-Roth. Bagaimanapun, keadaan itu hanya berlaku pada peringkat awal sahaja. 

Biasa kita baca dan dengar banyak kebaikan Intermittent fasting ni kan? Ok baiklah, entry kali ini Che Yah share, Rupa-rupanya intermittent fasting pun ada keburukannya. Di sini che yah listkan 3 sahaja. Sebenarnya ada lebih dari 3 Keburukan INTERMITTENT FASTING yang ramai tak tahu ni. Antara keburukannya ialah:

1. Tahap Collagen Berkurang Sebanyak 90%

Menurut Dr Berg, intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi menyebabkan penuaan kulit contohnya kulit jadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan Collagen sebanyak 90%.
Kalau perasan, ada orang yang intermittent fasting membantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun ikut kendur. Ini tak best lah, sebab bila kita kurus, dah seronok dah, tapi kenapa nampak tua? 

Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elaustik. Apabila berat badan anda berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda, yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan kedutan.

2. Kekurangan Nutrisi dan Garam Mineral

Matlamat IF ini adalah untuk mencapai tahap autophagy, iaitu fat burning tanpa senaman. Dan cara ini rasanya sangat mudah kerana kita masih boleh minum air ketika terasa lapar. Ia dipanggil wet fasting yang diasaskan oleh Dr Berg.
 
Dengan panjangnya masa tanpa makanan, memang badan akan cepat kurus. Akan tetapi, ia berkurangan sama dengan nutrisi badan. Sebab itulah, apabila ada yang buat IF, ada masalah kulit kering, rambut gugur, dan kebas kebas.
 
Manusia perlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita buat IF , sepatutnya kita top up juga dengan suppliment untuk melengkapkan nutrien badan yang diperlukan.
 
Kekurangan garam mineral boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuklah Hypothermia, kejang otot, tekanan darah rendah, masalah pencernaan dan masalah kesihatan mental.

Alternatif nak elakkan masalah kekurangan garam mineral dan nutrisi, sahabat boleh ambil Set Kurus Shaklee , kerana set kurus shaklee adalah Supplements terbaik, seterusnya amalkan defisit kalori dan makan secara suku-suku separuh dalam diet harian. Ia lengkap dengan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh.

 

3. Melupakan Sunnah Puasa Sebenar
 
Prof Dr Redza kata, Rasulullah SAW tak pernah buat IF dengan cara begini. Cara IF yang Rasulullah saw buat adalah seperti mana yang Al Quran dan Hadis dah nyatakan. Bermula terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari, tempohnya mengikut waktu suatu negara tersebut, kita duduk Malaysia tempohnya selama 14 jam tanpa makan dan minum. Bila tengok tempoh waktu Fasting Time Around The World paling lama kita berpuasa adalah di Iceland iaitu 21 jam.
Dalam sains pun, kajian menunjukkan, autophagy secara dry fast lebih cepat diperoleh iaitu dalam puasa 14 jam. Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh seharian tanpa air dan makanan dan kita akan mencapai tahap autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksa badan tidak ada makanan melebihi 21 jam.

Alhamdulillah dengan 14 jam ini, kita akan kurang kehilangan nutrisi kerana jarak ini masih sesuai untuk manusia bukan alien. Hahaha. Jadi jom kita hijrah dan ubah ye sahabat, ikut sunnah dapat keberkatan hidup dan insya Allah pahala ganjarannya.

Berkaitan Autophagy ni, Che Yah dapat info dari sahabat - sahabat che yah yang telah hadir kelas Prof Dr. Redza. Bestnya Shaklee Bisnes ini adalah, Master upline Master Norita Idris dan Master Sideline Master Salwa Zeyn berusaha bantu kami juga dengan adakan kelas bersama Saintis dari Malaysia seperti Prof. Dr. Redza ini. Alhamdulillah 🤲 


 
Setakat ini dulu sharing che yah untuk kali ini. Semoga ada manfaatnya in syaa Allah. 

Nak order shaklee? Klik link ini
Follow Facebook che yah klik link ini
Follow Tik Tok Che Yah klik link ini

#CheYahUHG
#UHG 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023 

No comments:

Post a Comment