Sunday 10 June 2018

APA??? KOLAGEN BUKAN HANYA UNTUK KULIT?

Assalamu’alaikum & hai
.
Hari ni C.Yah nak share tentang KOLAGEN bukan HANYA UNTUK KULIT SAHAJA! Banyak lagi manfaat lain yang KOLAGEN mampu BANTU & ramai orang di luar sana yang belum tahu!

Biasanya kalau sebut KOLAGEN, mesti akan teringat kulit yg anjal gebu gebas kan?

Tapi sebenarnya kolagen ni sangatlah banyak peranan dia.

Kolagen adalah sejenis protin yg paling banyak didapati dalam tubuh kita. Ia ada dalam kulit, otot, darah, tulang, tendon, ligamen..

Tugas kolagen ni:-

- menjadikan kulit kita elastik.

- menyambungkan tulang kita dengan otot.

- melindungi organ.

- membina struktur sendi dan tendon.

Badan kita boleh menghasilkan kolagen sendiri. Yes! Tapi penghasilannya semakin berkurangan bila usia kita meningkat. Dan kekurangan kolagen ni boleh jadi lebih laju bila kita terdedah kepada mahatari, asap rokok & diet yg tak seimbang.

Kesan kekurangan kolagen yg boleh kita nampak dan rasa ialah kulit berkedut & sakit sendi.

5 Manfaat Kolagen:-

1. Melegakan sakit sendi. 

Makin kita berusia, rawan kita makin lemah dan merosot. Maka kita akan rasa sendi mula sakit-sakit dan rasa kaku. Satu kajian dibuat oleh makmal perubatan KGK Synergize Inc. ke atas warga emas di London mendapati ia menurunkan simptom osteoartritis sebanyak 40%.

2. Meremajakan kulit. 

Bila kita makin berusia, kulit akan jadi makin kendur dan berkedut. Walau bagaimana pun, kajian ke atas wanita berumur 35-55 tahun mendapati pengambilan kolagen memberi perubahan kepada keremajaan kulit dalam masa 4 minggu.

3. Membantu bina otot dan bakat lemak.

Kolagen adalah komponen utama dalam otot. Kekurangan kolagen akan menganggu muscle mass kita sekaligus menjadikan tubuh kita kurang efisyen untuk membakar lemak. Kajian ke atas 53 orang warga emas yg menghadapi masalah muscle loss mendapati keadaan otot mereka bertambah baik dan pembakaran lemak lebih baik setelah mengambil suplemen kolagen & bersenam.

4. Mengatasi masalah selulit.

Selulit adalah lemak bawah kulit yang sukar dihilangkan kecuali dengan terapi gelombang akustik. Tapi sebenarnya kolagen boleh membantu!

5. Membantu dalam kesihatan usus

Kolagen terdapat dalam tisu penghubung usus dan membantu menyokong & menguatkan lapisan pelindung dalam saluran penghadaman. Kajian terhadap mereka yang menghidapi IBS mendapati mereka mempunyai kekurangan serum kolagen.

Bagaimana Menambahkan Kolagen Harian kita?

1. Sediakan bone broth untuk sup. 

2. Makan kaki ayam, kepak ayam.

3. Ambil kolagen tambahan.

Perlukah ambil kolagen tambahan? Masalah dgn kolagen dari makanan ialah bio-availability. Kolagen dalam bentuk asalnya tidak boleh dicerna oleh tubuh kita. Ia perlu ditukarkan kepada molekul peptida untuk dicerna. Proses ini menjadikan hanya 25-30% saja kolagen yg diserap dari makanan. Oleh itu untuk dapatkan kesan yg baik, mesti makan sumber kolagen dalam amaun yang sangat banyak.

Saya penggemar sup kaki ayam & SCP!





Terima kasih sudi baca :-)
.
Cyahshaklee
#UHFteamRICH