Friday 14 December 2012

Assalamu'alaikum/ hai...

Pembaca blog yang saya kasihi :-)..anda sihat hari ini??..alhamdulillah :-)



Di bawah ini..ada sedikit info yang saya nak share dengan anda semua :-)

[info]

"Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi"

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Terasa suatu nikmat yang sangat indah dan tidak ternilai harganya :-). Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa di hidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.
Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Tuesday 11 December 2012

Nutrisi Sebelum & Selepas Kelahiran

























Assalamu'alaikum/ hai


Pembaca blog yang saya kasihi dan sayangi :-)

Sedikit perkongsian yang tidak seberapa daripada saya untuk anda :-)

[info/Sharing]

Tahukah Anda!!!

Vitamin Supplement BUKAN ubat ye..ramai yang salah faham dengan supplement ni. Untuk pengetahuan umum...vitamin supplement adalah makanan tambahan...bukannya ubat. Sangat jauh bezanya tu.

UBAT, bila kita sakit baru kita perlukan ubat sbb ubat fungsinya menahan sakit dan mengandungi dadah yang dibenarkan/diluluskan oleh WHO/KKM. sbb itu, ubat kita kena ikut dose yang di tetapkan dan perlu mendapat nasihat daripada doktor.

Manakala VITAMIN SUPPLEMENT pula adalah makanan tambahan yang badan kita sentiasa perlukan jika dalam diet/makanan yang telah kita ambil itu tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan badan kita. Mengikut dose yang disarankan jugak tetapi flexsible mengikut keperluan badan kita dan tidak perlu mandapat nasihat daripada doktor tetapi boleh dapatkan nasihat daripada nutritionist/pakar pemakanan sahaja.

Sebagai contoh, badan kita memerlukan karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan mineral yang cukup untuk bekerja setiap hari. Akan tetapi, setiap hari kita hanya makan lauk + nasi sahaja. jadi,badan kita mungkin hanya dapat karbohidrate,protein dan lemak sahaja...so, vitamin dan mineral. badan kita xdapat.Oleh itu, bg memenuhi keperluan badan kita, kita mestilah topup balik vitamin dan mineral dgn cara yang lain iaitu samada dengan mengambil supplement/ makan sayur + buah-buahan jugak..Sebab itulah supplement ini kita perlu amik secara berterusan selagi kita tidak mengamalkan pemakanan/diet seimbang yang sihat seperti yang disarankan :-)

Kuasa memilih ada di tangan kita..kalau kita tidak mahu amik supplement, kita mestilah mengamalkan diet/pemakanan yang seimbang barulah badan kita sihat sepanjang masa :-)..dan kalau kita rasa diet yang kita ambil tu tidak seimbang, barulah kita cari alternatif untuk amik supplement..barulah kehidupan kita sentiasa sihat..penyakit pun menjauh daripada kita :-)..betul tak????

Ibaratnya/analoginya kereta..kalau engin di jaga dengan baik, minyak engin cukup, sentiasa servis bila sudah sampai masa yang perlu diservis ianya akan berfungsi dengan baik dan dapat berjalan jauh dan tahan lama..begitu juga dgn badan kita, kalau badan kita cukup keperluan karbohidrat,protin,lemak,vitamin dan mineral..badan kita akan bekerja dgn baik..kita pun sentiasa sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan bertenaga, cergas dan cerdas :-)..malah penyakit pun tidak akan datang dekat dengan kita..barulah kita dapat melahirkan keluarga, masyarakat dan negara yang bebas daripada penyakit :-)

Apa yang paling penting bila kita sihat???..kita dapat menjadi Hamba Allah yang dapat beribadat dengan sempurna, menjadi khalifah di muka bumi dengan baik dan dapat memakmurkan bumi Allah ini dengan baik juga in syaa Allah..sbb bila badan kita sihat, otak kita sihat kita akan bekerja dengan baik..dan lebih focus :-)..in syaa Allah..amin2. Wallahu a'lam. alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana telah memberi sedikit ilham kepadaku untuk menulis ini. Keep amiling & enjoy your reading :-)

Tuesday 4 December 2012

Assalamu'alaikum/hai...

Pembaca blog yang dikasihi :-)

Di sini saya nak share/berkogsi maklumat/info tentang KOLAGEN(COLLAGEN) :-)

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

· Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN 

  • Menghasilkan asid amino penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai antara 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung. Kolagen Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah.
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
· Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

· Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

 Credit: Noorhafiza Mohamad Akib


Monday 3 December 2012

Assalamualaikum/hai..

Pembaca blogku yang ku kasihi...

Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengikuti blogku dari semasa ke semasa tanpa jemu-jemu...

Alhamdulillah...syukur ku panjatkan kepadamu ya Allah kerana masih diberi kesihatan yang sangat baik dan diberi kesempatan untukku coretkan sedikit perkongsian dengan pembaca blogku yang ku kasihi :-)

Pembaca blog yang ku kasihi, di bawah ini ialah hasil luahan dan pendapatku sendiri tentang:

"Kenapa Dewasa/ Sekarang/ Hari ini Kita Memerlukan Suplemen Untuk Memenuhi Keperluan Nutrien/ Zat Dalam Badan Kita?"..

Semoga dengan sedikit perkongsian daripadaku ini dapat membuka mata para pembaca blogku di luar sana tentang kepentingan suplemen sekarang ini :-)

Jom baca..enjoy your reading..& hopefully ia memberi pengetahuan yang berguna kepada anda semua :-)..peace & keep smiling :-)



dan sambungan nya....di bawah ini :-)


Selepas membaca .sedikit perkongsian di atas...anda mungkin berminat nak dapatkan suplemen tersebut.

Jangan segan2..contact saya 019-3039690..

in syaa Allah saya akan membantu anda..& anda berhak mendapat free consultation daripada saya :-)