Tuesday, 11 December 2012

Assalamu'alaikum/ hai


Pembaca blog yang saya kasihi dan sayangi :-)

Sedikit perkongsian yang tidak seberapa daripada saya untuk anda :-)

[info/Sharing]

Tahukah Anda!!!

Vitamin Supplement BUKAN ubat ye..ramai yang salah faham dengan supplement ni. Untuk pengetahuan umum...vitamin supplement adalah makanan tambahan...bukannya ubat. Sangat jauh bezanya tu.

UBAT, bila kita sakit baru kita perlukan ubat sbb ubat fungsinya menahan sakit dan mengandungi dadah yang dibenarkan/diluluskan oleh WHO/KKM. sbb itu, ubat kita kena ikut dose yang di tetapkan dan perlu mendapat nasihat daripada doktor.

Manakala VITAMIN SUPPLEMENT pula adalah makanan tambahan yang badan kita sentiasa perlukan jika dalam diet/makanan yang telah kita ambil itu tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan badan kita. Mengikut dose yang disarankan jugak tetapi flexsible mengikut keperluan badan kita dan tidak perlu mandapat nasihat daripada doktor tetapi boleh dapatkan nasihat daripada nutritionist/pakar pemakanan sahaja.

Sebagai contoh, badan kita memerlukan karbohidrat,protein,lemak,vitamin dan mineral yang cukup untuk bekerja setiap hari. Akan tetapi, setiap hari kita hanya makan lauk + nasi sahaja. jadi,badan kita mungkin hanya dapat karbohidrate,protein dan lemak sahaja...so, vitamin dan mineral. badan kita xdapat.Oleh itu, bg memenuhi keperluan badan kita, kita mestilah topup balik vitamin dan mineral dgn cara yang lain iaitu samada dengan mengambil supplement/ makan sayur + buah-buahan jugak..Sebab itulah supplement ini kita perlu amik secara berterusan selagi kita tidak mengamalkan pemakanan/diet seimbang yang sihat seperti yang disarankan :-)

Kuasa memilih ada di tangan kita..kalau kita tidak mahu amik supplement, kita mestilah mengamalkan diet/pemakanan yang seimbang barulah badan kita sihat sepanjang masa :-)..dan kalau kita rasa diet yang kita ambil tu tidak seimbang, barulah kita cari alternatif untuk amik supplement..barulah kehidupan kita sentiasa sihat..penyakit pun menjauh daripada kita :-)..betul tak????

Ibaratnya/analoginya kereta..kalau engin di jaga dengan baik, minyak engin cukup, sentiasa servis bila sudah sampai masa yang perlu diservis ianya akan berfungsi dengan baik dan dapat berjalan jauh dan tahan lama..begitu juga dgn badan kita, kalau badan kita cukup keperluan karbohidrat,protin,lemak,vitamin dan mineral..badan kita akan bekerja dgn baik..kita pun sentiasa sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan bertenaga, cergas dan cerdas :-)..malah penyakit pun tidak akan datang dekat dengan kita..barulah kita dapat melahirkan keluarga, masyarakat dan negara yang bebas daripada penyakit :-)

Apa yang paling penting bila kita sihat???..kita dapat menjadi Hamba Allah yang dapat beribadat dengan sempurna, menjadi khalifah di muka bumi dengan baik dan dapat memakmurkan bumi Allah ini dengan baik juga in syaa Allah..sbb bila badan kita sihat, otak kita sihat kita akan bekerja dengan baik..dan lebih focus :-)..in syaa Allah..amin2. Wallahu a'lam. alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana telah memberi sedikit ilham kepadaku untuk menulis ini. Keep amiling & enjoy your reading :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...