Mengapa Tubuh Perlu Makanan Tambahan Atau Supplement?

Teks by: Noriah Ibrahim (#cyahshaklee)
Facebook: Noriah Ibrahim
FB page: Ummihealthy
Instagram: ummihealthy
Twitter: ummihealthy

Mengapa Tubuh Perlu Makanan Tambahan Atau Supplement?
.
.
.
Adakah tidak cukup hanya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang?
.
Menurut pakar Nutrisi terkemuka, Dr. Ray Strand definisi gaya hidup sihat di era moden ini adalah MAKANAN SEIMBANG, SENAMAN DAN MAKANAN TAMBAHAN!
.
.
Sebab Utama Kenapa Badan Kita Perlukan Vitamin Atau Supplemen
.
✅Pengambilan Makanan Segera Yang Tidak Sihat
➡️Gaya hidup moden dan trend masa kini biasanya menyajikan kita dengan rona kehidupan yang sibuk menyebabkan kita terkejar ke sana kemari untuk menyelesaikan urusan kerja. Ramai yang lebih gemar yang memilih makanan segera yang tinggi kandungan MSG dengan alasan untuk menjimatkan masa.
.
.
✅Pengambilan Makanan Seharian Yang Tak Seimbang
➡️Tubuh memerlukan zat yang mencukupi. Untuk memastikan tubuh mendapat zat yang diperlukan, salah satu kriteria adalah memastikan pengambilan makanan seimbang. Namun, makanan ruji rakyat Malaysia biasanya tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
.
✅Melengkapkan Dos Vitamin Yang Diperlukan Tubuh
➡️Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
.
✅Buah Dan Sayuran Sekarang Tidak Lagi Sama Seperti 50 Tahun Dahulu
➡️Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
.
✅Zat Makanan Mudah Hilang
➡️Ya. Zat makanan memang mudah untuk hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C, protien, dan enzim juga mudah untuk dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
.
✅Pengambilan Ubat Mengganggu Penyerapan Zat Penting
➡️Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
-
Oleh sebab faktor-faktor tersebutlah, sekarang kita memang perlukan suplemen untuk "support" apa yang kurang dalam badan kita kerana kesihatan itu kekayaan kita dan modal utama kita mampu menikmati kebahagiaan hidup ini.


Your Trusted SID;
C.Yah 019-3039690
Share this article:

No comments:

Post a Comment