Thursday 6 April 2023

OBSES NAK KULIT CANTIK? VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pembaca setia blog CheYahUHG. Alhamdulillah 🤲 biiznillah, syukur che yah masih boleh terus menulis di blog ini. 

Untuk entry kali ini, che yah nak share, wanita masa kini sangat obses dengan 3 benda. Kecantikan kulit,  Tubuh badan kurus dan nampak awet muda. 

Di sini, Che yah akan share tentang obses dengan kecantikan kulit saja untuk entry ini

Jadi, tidak hairanlah ramai wanita masa kini yang tercari-cari tips penjagaan kulit, set penjagaan kulit luaran (skincare) dan suplemen atau vitamin kecantikan kulit yang boleh mencantikkan kulit (dalaman) supaya dapat menjaga kulit kekal cantik sentiasa nampak anggun menawan. 

Kebiasaannya mereka akan bermula dengan menjaga pemakanan dan memberi tumpuan serius terhadap penjagaan dalaman mahupun luaran tubuh.

Begitu jugak che yah. Che yah pun nak kulit cantik, sihat, berseri-seri dan menawan jugak seperti wanita lain. Dan che yah akan pilih  produk yang organik. Che yah percaya, mereka yang mementingkan penjagaan kulit muka akan melakukan perkara sama.

Terlalu banyak lambakan produk kecantikkan dan suplemen/vitamin kecantikan kulit di pasaran. Paling penting, jadilah pengguna yang bijak. Pilih yang organik, ada kelulusan KKM, yang selamat, efektif dan berkesan. 

Jangan pula dek kerana terlalu obses nak kulit cantik sampai sanggup berhabis duit ribu riban ambil suntikan vitamin C yang kononnya mampu mencerahkan kulit dalam tempoh yang sangat cepat. 

Ada sebahagian daripada wanita di luar sana mengetahui produk seperti suntikan vitamin C serta bahan pemutih gluthatione dan asid tranexamic yang diambil diragui selain tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM)

Tidak dinafikan juga ramai yang tidak mengetahui bahawa produk suntikan tersebut berbahaya kepada kesihatan diri, namun tetap terpengaruh.

Che yah ada pengalaman seorang kenalan che yah yang pernah ambil suntikan vitaminC telah masuk ke hospital kerana kakinya mula membengkak. Doktor kata, nasib baik cepat datang ke hospital. Kalau terlambat sikit boleh membawa maut. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan di hospital dia kembali pulih.

Jadi, hati-hati dengan suntikan vitamin C ye. jangan ambil jalan mudah dan pintas, kerana terlalu obses nak kulit cantik dan cerah, tidak check dan study dulu adakah  pengambilan suntikan itu selamat atau tidak. Lulus KKM atau tidak dan yang cucuk tu Nurse betul atau tidak. 

Bagi Che Yah sendiri, Che Yah akan pilih produk organik untuk kecantikan dalaman dan luaran che yah. Che yah akan study dulu dan check dulu adakah produk itu betul-betul organik dan lulus KKM. 

Setelah study, che yah sangat  yakin dan percaya  dengan produk shaklee. Shaklee adalah suplemen/vitamin organik yang selamat, terbukti dan berkesan sebab itulah che yah pilih shaklee sebagai vitamin untuk penjagaan kecantikan kulit che yah


Antara suplemen/vitamin kecantikan kulit yang menjadi favourite che yah untuk dalaman dan luaran adalah vivix, Energy Soy Protein (ESP), sustained Released Vita-C Plus dan Vitamin E

Manakala untuk luaran pula adalah set penjagaan kulit YOUTH SKINCARE. 


Dan paling best nya bulan ini, shaklee ada buat promosi vitamin kulit cantik harga Rahmah tau. 

Antara KELEBIHAN SET CANTIK SHAKLEE 

Energizing Soy Protein (ESP) 


Sustained Released Vita-C Plus

ANTARA POSITIVE FEEDBACK atau TESTIMONI yang telah mengamalkan set Cantik Shaklee Harga Rahmah ini







Ha, nak cantik tak salah pun. Tak semestinya kena suntik. Dengan amalkan vitamin kulit cantik Harga RAHMAH shaklee ni pun boleh cantik!  Siap dapat bonus lagi Sihat, berseri-seri, cerah, gebu dan menawan! serta bonus-bonus yang lain. Paling-paling penting sangat selamat, terbukti dan berkesan! 

Jangan terlalu obses sangat. Bersederhana lah dalam segala perkara, kerana yang bersifat obses ni biasanya akan memudharatkan kesihatan dan ianya tidak bagus. Dalam agama Islam sendiri mengajar umatnya bersifat wasatiah(sederhana) dalam segala hal. Barulah tidak berlebih-lebihan dan tidak juga terkurang. 

Andai sahabat nak cuba buat pertama kali atau memang tengah mencari suplemen organik yang selamat, terbukti dan berkesan untuk kulit cantik harga RAHMAH, sahabat dah jumpa dah, boleh terus order dengan che yah direct 019-3039690 atau klik link ni

Follow FB Che Yah, klik link ni
Follow Tik Tok Che Yah, klik link ni

#CheYahUHG 
#UHG 
#PengedarShakleePerlis 
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee2.0 
#shakleethrive2023 
#shakleethriumph2023 













2 comments:

  1. Alhamdulillah terbaiklah. setuju dengan Cheyah. Jgn obses cucuk2 ni. seriau dgn kesan jangka panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan idah @Afizart🥰👍 better ambil jalan selamat walaupun lambat skit tak apa, asalkan tidak menderita dan menyesal dikemudian hari.

      Delete