Monday 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik Malaysia : BISNES SHAKLEE


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog #CheYahUHG. Terima kasih kerana masih sudi singgah membaca di blog ini dan moga dapat ilmu yang yang bermanfaat di sini in syaa Allah. Aamiin Ya Allah Ya mujib. 

mesti sahabat tertunggu-tunggu entry baru Che Yah kan? Hehe, perasan femes.

Untuk entry ini, Che Yah nak kongsi tentang satu topik yang best, yang hangat yang panas iaitu Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee

Sebelum che yah kongsi kenapa Bisnes Online terbaik Malaysia : Bisnes shaklee Che Yah nak kongsi pengalaman che yah berniaga dulu, sebelum che yah jumpa shaklee dan buat bisnes shaklee. 

Jom Kita "Flash back" sekejap, Awal tahun 2012 Che Yah baru aktif di Facebook. Masa Che Yah duduk scroll-scroll news feed di Facebook, ada naik kat news feed Che Yah satu post dari Dr. Azizan Othman founder Rich works yang mengatakan "Siapa yang ada Facebook rugi kalau tak buat bisnes, rugi kalau tak buat duit melalui facebook sebab dalam Facebook juga ada zero cost Marketing selain Facebook Ads.

Alangkah ruginya duduk scroll - scroll Facebook saja-saja tanpa jana income sekali. Dari situlah terbuka minda dan che yah cakap kat suami, why not buat bisnes online dari rumah dengan mula buat bisnes secara dropship di Facebook.

Pada tahun itu jugalah Che Yah mula buat bisnes online di facebook dengan menjual seluar legging baby dan busha baby dari China. Che Yah cari Seller yang buat dropship dan terus join jadi dropshiper. Lepas tu che yah jumpa t-shirt muslimah, dan che yah juga buat dropship t-shirt muslimah dan  Masa buat dropship memang banyak masalah sebab barang tak ada kat tangan customer tanya tak boleh nak jawab. Contohnya t-shirt material apa, panas ke sejuk. Semua che yah tak tahu nak jawab.

Macam-macam lagilah Che Yah jual termasuk handbag murah dari china, baju kurung batik warisan readymade. che yah jugak pernah keluarkan tudung shawl sendiri (konon-konon nak jadi founder tudung) start buat sikit dulu. Lepas tu tak terjual.

Untung runcit entah ke mana hilang, tak nampak pun keuntungan bisnes masa tu. Semua duit buat rolling modal beli barang saja. Malah ada yang rugi sebab masa tu Che Yah berniaga dengan zero ilmu. Tidak ada ilmu.

Sampailah awal tengah tahun 2012, masa tu Che Yah tengah menyusu anak kedua dan nak masuk bulan Ramadhan. Punya risau nak puasa takut susu drop, mulalah che yah mencari set menyusu untuk nak ikhtiar supaya susu tak drop waktu che yah berpuasa. Bila search di google dan Facebook banyak naik set Menyusu shaklee.

Dari situlah che yah mula consume produk shaklee dan alhamdulillaih terus jatuh cinta dengan set menyusu shaklee sebab anak kedua che yah dapat menyusu dengan baik, susu cukup dan che yah dapat berpuasa semasa menyusu anak. Anak kedua che yah dapat menyusu selama 2 tahun dengan susu badan asbab dibantu oleh set menyusu shaklee. Alhamdulillah. 

Rentetan dari itulah che yah terjebak dengan bisnes shaklee dan terus jatuh cinta dengan bisnes shaklee kerana che yah melihat shaklee ini ada produk supplement untuk semua golongan (lelaki, wanita, warga emas dan kanak-kanak) 
dan senang jual sebab che yah sendiri dah ada testimoni set menyusu atau shaklee effects waktu itu. Bisnes shaklee ni bisnes mesra keluarga. Boleh jalankan  secara online dari rumah sahaja atau secara offline sahaja atau kedua-duannya online dan offline. 

Che yah terjebak bisnes online shaklee dari tahun 2013-2023 (10 tahun) dan che yah dah dapat semua 3C yang shaklee tawarkan. Alhamdulillah 🤲 

Cash bonus dari 2angka sehingga 5angka
Car bonus dapat beli sebiji kereta Honda Odyssey 
Sebuah rumah atas nama sendiri

umrah PERCUMA VVIP Shaklee

Alhamdulillah 'ala kulli hal, Hadza Rahmatun Min Rabbi.

Bisnes Online Terbaik Malaysia : Bisnes Shaklee

Sedikit tentang sejarah shaklee

Shaklee telah diasaskan oleh seorang Doktor. Pada tahun 1956 Dr. Forrest C. Shaklee telah mengasaskan Shaklee Corporation. 


Ringkasnya, kemudian Shaklee telah dibeli oleh seorang businessman billionaire yang bernama Roger Barnett. 


Roger Barnett, berumur 56 tahun pada tahun ini, merupakan CEO Shaklee Corporation. Beliau lahir daripada keluarga bisnes, salah satu bisnes keluarga beliau ialah jenama terkenal Burberry.

Pada umur beliau 30 tahun, beliau mula berfikir bagaimana nak expand bisnes beliau. Extensive research beliau lakukan. ANtara syarat yang beliau letakkan ialah,

  1. Bisnes yang dapat menjana income selama lebih 50 tahun.
  2. Bisnes yang boleh dibuat secara global (international).
  3. Bisnes yang dapat dikongsi bersama

Selepas 4 tahun lakukan research, beliau akhirnya berpuas hati dengan Shaklee. Ini kerana:

  1. Jika mahukan bisnes yang long lasting (bak kata beliau, nak yang lebih 50 tahun), maka perlu pilih healthcare.
  2. Shaklee boleh dikembangkan secara global
  3. Jika memilih healthcare, beliau mahukan jenama yang terbaik. The best product. Dan beliau mendapati Shaklee adalah the best product among syarikat health supplements.

Sebelum dapat beli shaklee, Roger Barnett pernah kena rejek

Apabila berpuas hati dengan pilihannya, beliau hubungi Shaklee (ketika itu ada Shaklee Japan) dan menawarkan diri untuk membeli Shaklee. Tapi beliau kena rejek “Not For Sale” kata Shaklee Japan.

Kalau ikutkan, boleh sahaja beliau berputus asa, kecewa dan sebagainya, tapi tidak. Selepas 2 minggu beliau hubungi sekali lagi Shaklee Japan dan menawarkan membeli Shaklee. Sekali lagi kena rejek.

Beliau kerap juga bercakap tentang visionnya tentang Shaklee. Orang bisnes, selalulah bercakap tentang dream dia. Pada satu ketika, Shaklee Japan nak expand, jadi bila nak expand, Shaklee buka untuk syarikat dibeli.

Ada banyak company dan orang perseorangan yang membida. Tapi disebabkan beliau sudah bersedia:

  1. Telah buat extensive research tentang Shaklee
  2. Telah ada planning yang hebat untuk Shaklee

Maka beliau dapat memiliki Shaklee pada harga USD310juta.

Betapa Roger Barnett dah mengkaji potensi bisnes shaklee boleh berkembang lebih jauh, maju dan berjaya lagi. 


9 SEBAB KENAPA BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA : BISNES SHAKLEE

1. SYARAT MUDAH

Syarat utama untuk mulakan bisnes Shaklee adalah perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee dengan yuran keahlian RM35 sahaja.Dengan keahlian ini, anda boleh menikmati segala tawaran eksklusif yang ditawarkan oleh Shaklee termasuk mengakses sepenuhnya web Shaklee tanpa had. Daripada laman ini,anda boleh menguruskan bisnes anda termasuk menguruskan order dari pelanggan.

2. UNTUNG RUNCIT SEHINGGA 20%

Bagi setiap produk Shaklee, anda boleh dapat untung runcit sehingga 20%. Banyak jugak tu. Contohnya setong ESP boleh buat anda untung RM 32 setong. Banyakkan

3. TIDAK PERLU MODAL BUAT STOK

Bila mahu memulakan sesuatu bisnes, mesti risau pasal modal yang perlu keluar bagi memulakannya. Dengan Shaklee, anda tak perlu keluarkan modal. Bila ada pesanan dari pelanggan, log in web Shaklee dan buat pesanan. Jadi tidak perlu buat stok di rumah.Mudah kan

4. SISTEM DROPSHIP

Bagi urusan penghantaran order pelanggan, anda tidak perlu keluar rumah. Memadai key in order ke dalam sistem Shaklee dan courier Gdex akan uruskan. Anda hanya perlukan sebuah telefon pintar dan internet untuk uruskan order pelanggan.

5. KOMISEN KEUNTUNGAN TINGGI

Selain untung runcit yang tinggi, bisnes Shaklee juga menawarkan komisen keuntungan yang besar. Setiap produk mempunyai unit value (uv) yang tersendiri. Dari minimum bonus sebanyak RM25 yang Shaklee tawarkan, anda boleh memperolehi pendapatan hingga 5 angka sebulan. Semuanya bergantung pada hasil jualan anda untuk sebulan. Lagi besar jualan, lagi tinggi komisen keuntungan yang bakal anda dapat. Shaklee juga tawarkan 3C.


6. SYARIKAT YANG KUKUH

Shaklee Corporation telah lebih 100 tahun menapak di dalam industri perniagaan. Ini membuktikan ianya syarikat yang kukuh kerana bukan senang untuk kekal dalam industri yang sentiasa mencabar. lanya telah memberi peluang berjaya dalam hidup kepada jutaan rakyat seluruh dunia dalam menikmati hasil perniagaan seumur hidup.



7. PRODUK TERKENAL , MUDAH DIJUAL 

Shaklee memang telah lama dikenali di Malaysia. Baru-baru ini shaklee menang Award Malaysian Trusted Brand dari pembaca buku Reader Digest selama 2 tahun berturut-turut 2021 dan 2022. Jadi ianya suatu bonus buat anda bila menjalankan bisnes ini .



8. FLEXIBLE 

Shaklee bisnes yang sangat flexible. Bila-bila masa, di mana-mana dan ke mana sahaja kita pergi, kita boleh jalankan bisnes ini asalkan ada smart phone dan line internet. (tidak terikat dengan masa, tempat dan tidak perlu minta izin dengan boss) 


9. HANYA DARI RUMAH 

Ada di antara dari kita yang mahu ada pendapatan sendiri dalam pada yang sama ingin menjaga sendiri anak - anak . Dengan bisnes Shaklee, anda boleh asuh dan didik anak dalam masa yang sama menjana pendapatan dengan Shaklee . 


Macam mana nak daftar jadi ahli ? Boleh terus daftar dari sini

Nak order shaklee klik link ini

Follow facebook Che Yah klik link ini

Follow Tik Tok Che Yah Klik Link ini

Follow Instagram Che Yah: @cheyah.noriahibrahim 


#CheYahUHG #UHG #blogmegashaklee2.0 #shakleethrive2023 #shakleethriumph2023 #nextlevelblogging 











No comments:

Post a Comment