Monday 16 June 2014

Antara Kebaikan-kebaikan Mandi di Waktu Pagi


Teks: Noriah Ibrahim

✅Kulit lebih lembut dan halus 

Kebiasaannya kita akan menggunakan “water heater” untuk menghilangkan kesejukan mandi pada waktu pagi. Untuk pengetahuan anda, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula akan menjadi lebih lembut dan halus.

✅Melancarkan peredaran darah 

Apabila peredaran darah anda lancar, maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Anda juga dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. Antara perkara lain yang boleh dilakukan bagi melancarkan peredaran darah ialah dengan bersujud sekurang-kurangnya seminit selepas solat subuh. Hal ini bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darah malah dapat mengatasi masalah pening atau migrain.

✅Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan estrogen untuk wanita

✅Mengurangkan risiko darah tinggi 

Untuk anda yang mempunyai penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan risiko penyakit tersebut. In shaa Allah, dengan izin Allah diberi kesihatan yang baik sekiranya diamalkan selalu.

✅Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Selain itu, kurang tidur akan menyebabkan kemurungan dan cepat marah. Oleh itu, amalan mandi pagi sebelum subuh ini dapat mengelakkan depresi.

✅Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit akan bertambah untuk melawan jangkitan virus.


No comments:

Post a Comment