Tuesday 24 June 2014

Pengguna Bijak vs Pengguna Tidak Bijak

Teks: Noriah Si bunga Tulip

hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi tentang bagaimana suplemen di kawal selia???...& apa yang perlu kita tahu??? bagaimana cara menjadi mengguna yg bijak bukannya pengguna yang tidak bijak...main ikut-ikut jer.

Jika kita nak memilih untuk mengamalkan pengambilan suplemen, kita mestilah mengambil tahu samada suplemen itu selamat, berkesan & semulajadi ke tidak?..sebagai contoh: kita perlu tahu tentang sesuatu suplemen tu secara detail/mendalam seperti adakah suplemen yang kita nak ambil itu HALAL atau TIDAK?
adakah bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen tersebut telah mendapat kelulusan daripada KKM atau TIDAK? adakah bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen tersebut SEMULAJADI/ORGANIK atau SINTETIK/TIRUAN/MENGANDUNGI BAHAN KIMIA?Semua itu kita perlu tahu sebagai jaminan kita untuk mengekalkan  kesihatan yang BAIK & SEJAHTERA di masa-masa yang akan datang.

Macam mana pula dengan suplemen herba??..Mengikut peraturan, suplemen herba juga perlu dilesenkan di bawah undang-undang perubatan & didaftarkan sebagai "ubat-ubatan herba traditional". Ini bermakna mereka mesti lulus mengikut piawaian kualiti & keselamatan yang ketat. sebagai pengguna yang bijak, semua tu kita kena ambil tahu. Macam saya sebagai Shaklee Independent distributor...suplemen berherba pun kena ambil berat...kadang boleh memudhoratkan jika tersalah cadangkan..mesti cadangkan dengan betul..sebagai contoh: bagi pesakit SLE(lupus) tidak boleh amik alfafa, ibu menyusu elakkan daripada amik herbalax, cinch shake. Walau bagaimana pun banyak produk-produk yang popular seperti glukosa-amine, minyak ikan & coqhealth10. Sebagai pengguna kita juga perlu tahu bahawa produk-produk ini bukanlah vitamin, mineral ataupun produk herba tetapi ianya tergolong dalam makanan & makanan tambahan( suplemen) serta tidak mempunyai kesan ubat-ubatan tetapi masih boleh mempengaruhi fungsi tubuh & sistem tertentu.

Perlu diingat juga sebagai pengguna yang bijak apa-apa suplemen@ubat sekalipun yang kita amik mestilah ikut keperluan tubuh badan kita@berdasarkan penyakit kita...bukan main ikut-ikut orang@amik sembrono sahaja..contoh: orang amik suplemen untuk kurus..kita pun nak amik juga..tapi kita ada masalah kesihatan yg lain yg perlu diutamakan dulu..tanpa mengambil kira masalah kesihatan kita...itu yang kita asyik nak salahkan suplemen tidak berkesanlah@ menjadi bertambah buruk la...betul tak?..satu lagi contoh; tak kanlah kita batuk tapi pergi amik suplemen untuk atasi masalah migrain...memang tidak kena lah kan???

Sebab itu kita sebagai pengguna yang bijak...jika nak amalkan suplemen kita jangan segan-segan untuk memberitahu kepada penjual suplemen tentang masalah kesihatan kita agar penjual tersebut dapat mencadangkan suplemen yang sesuai untuk kita ambil & amalkan berdasarkan kepada masalah yang kita hadapi...bukannya main bagi jer.@ dengan memberitahu penjual itu kita nak suplemen untuk apa..contoh: kita pernah ada penyakit ke...kita ada alahan ke...kita pengidap kencing manis ke...bagitau semua...senang penjual tu nak "consult" kita nanti.

Saya sebagai Shaklee Independent Distributor pun sangat mengambil berat tentang kesihatan pengguna yang membeli suplemen shaklee dgn saya. jika ada pengguna datang untuk membeli suplemen dengan saya..terlebih dahulu saya akan tanya pengguna tersebut adakah dia mempuyai masalah kesihatan?..jika ada...apakah jenis masalah kesihatan yang dia hidapi..& adakah pengguna tersebut ada masalah alahan kepada sesuatu benda contoh: alah kepada protein soya?..alah kepada produk tenusu?.alah kepada seafood?...semua tu saya tanya...& jika pengguna datang kepada saya tanya tentang ke halalan produk shaklee & tentang kelulusan KKM serta kandungan bahan-bahan dalam shaklee adakah semulajadi?...saya akan terangkan kepada dia satu persatu agar dia yakin dengan produk shaklee & dia rasa selamat untuk mengamalkan produk shaklee. semua detail pasal pengguna(customer)saya masukkan dalam "SHAKLEE CLIENT INFORMATION CARD" Sebagai rujukan saya tentang  pengguna saya di masa-masa yang akan datang.




Apa yang perlu kita sebagai pengguna tahu & semak sebelum kita membeli suplemen???
1.Kita perlu tahu syarikat yang menjual suplemen tu samada berdaftar ataupun tidak...boleh dipercayai ataupun tidak..
2.Produknya diiktiraf &tidak mempunyai bahan yang merbahayakan kesihatan..jika ada produk herba pun perlu berdaftar juga.

 Kenapa??? sebab pengguna ada hak untuk bertanya tentang semua itu & penjual pun bila dia nak jual sesuatu produk tu dia kena yakin dengan produk dia. Pastikan produk dia memang ada semua tu (BERDAFTAR (ADA LESEN),HALAL,LULUS KKM, SELAMAT, BERKESAN &SEMULAJADI) barulah pengguna percaya &yakin dengan produk tersebut.Iniilah dikatakan pengguna yang bijak...membeli & amalkan sesuatu produk dengan ilmu...ada pengetahuan tentang produk tu dulu..baru beli.

Pengguna yang bijak jugak..bila dia tahu semua di atas..pasal harga dia dah tidak berkira...berapa pun harga dia akan terus beli..kenapa? sebab produk yang baik & berkualiti maksudnya bukan cap ayam/bukan sintetik/tiruan pastinya harga bukanlah tersangat murah..& tidak tersangat mahal..tapi agak berpatutan!!!.

Berbeza dengan pengguna yang tidak bijak..pasal semua di atas dia tidak ambil kira...yang dia tahu dia nak yg murah..tp nak yang kesan cepat...pastu tidak selidik dulu produk tu datang dari mana? company mana?..selamat ke tak, semulajadi ke tak...yang dia tahu dia nak masalah dia settle cepat jer..kesan sampaingan yang akan datang dia tidak fikir. pengguna macam ini...akan menyesal di kemudian hari ni..di atas kecuaian diri sendiri akan mendapat padah. bak kata pepatah melayu: "sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna".

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai pengguna berhak memilih dan memastikan kita hanya mengambil & mengamalkan suplemen yang dirumus dengan betul dari sumber-sumber yang halal, selamat, & semulajadi. Bijak memilih untuk menjamin kesihatan yang sihat & gembira.



Jika anda berminat dengan suplemen shaklee...inginkan consult direct daripada saya tentang masalah kesihatan anda...boleh hubungi saya di talian 019-3039690


No comments:

Post a Comment